Thursday, 2 July 2020

Penukaran Saiz Data dari Bit ke Bait, Kilobait, Megabait, Gigabait dan Terabait bagi Fail Audio dan Imej






Unit data terkecil bagi komputer ialah bit.

Unit ukuran data komputer ialah satu bait iaitu bersamaan dengan lapan bit (1 bait = 8 bit).

Data komputer dinyatakan sebagai bait, kilobait, megabait dan sebagainya mengikut sistem metrik.

Walaupun mengikut sistem metrik, satu kilobait data komputer adalah sama dengan 1024 bait, dan bukannya 1000 bait.








Saiz fail Imej digital




Saiz fail audio digital

Saiz sesuatu audio digital bergantung kepada pelbagai faktor seperti kadar sampel, kedalaman bit, bilangan saluran (mono atau stereo) dan durasi. 

Saiznya boleh dikira dengan menggunakan rumus berikut:






Wednesday, 1 July 2020

Ciri-ciri Search dan Sort




Search 

Search ialah proses untuk mendapatkan suatu item tertentu yang terkandung dalam satu senarai.

Dalam bidang pengkomputeraan, search amat penting untuk membantu manusia mendapatkan
maklumat yang dikehendaki dengan lebih cepat.

Dalam bab ini, dua jenis search akan dipelajari, iaitu linear search dan binary search.


Linear search ialah satu teknik untuk mendapatkan item yang dikehendaki dalam satu senarai linear.

Proses Linear Search : 

  • Carian akan bermula dengan item pertama yang terdapat dalam senarai.  
  • Jika item pertama bukan item yang dikehendaki, carian akan diteruskan dengan item kedua. Jika item kedua bukan item yang dikehendaki, carian akan diteruskan dengan item ketiga dan seterusnya sehingga item yang dikehendaki diperoleh. 
  • Jika item yang dikehendaki tidak diperoleh sehingga carian selesai, maka carian akan ditamatkan tanpa hasil

Algoritma linear search ialah satu algoritma yang sangat mudah.

Walau bagaimanapun, linear search ini tidak begitu efisien kerana teknik ini akan menyemak setiap item yang terdapat dalam senarai.  Cara penyemakan ini memerlukan masa yang panjang, terutamanya jika senarai mengandungi terlalu banyak item.



Binary search ialah teknik carian yang melibatkan keputusan dwipilihan.

Proses Binary Search :
  • Sebelum melakukan binary search, item-item dalam senarai perlu diisih dalam urutan menaik.
  • Kemudian, item yang berada di tengah senarai akan disemak.
  • Jika item di tengah ialah item yang dikehendaki, maka carian akan tamat.
  • Jika tidak, item yang dikehendaki dibandingkan dengan item di tengah senarai itu.
  • Jika item yang dikehendaki lebih kecil, maka item di tengah senarai serta semua item di sebelah kanannya diabaikan.
  • Jika item yang dikehendaki lebih besar, maka item di tengah senarai serta semua item di sebelah kirinya diabaikan.
  • Proses ini diulang pada senarai item yang tinggal dan berterusan sehingga item yang dikehendaki diperoleh.
  • Jika item yang dikehendaki tidak diperoleh apabila carian selesai, maka carian akan ditamatkan tanpa hasil. 

Binary search adalah lebih efisien dan menjimatkan masa berbanding dengan linear search kerana binary search tidak perlu menyemak setiap item dalam senarai. 

Binary search ini juga sesuai digunakan pada senarai dengan item yang banyak.