Thursday 28 May 2020

Menyelesaikan Masalah Menggunakan Pseudokod dan Carta Alir dengan Menggabungkan Pelbagai Struktur Kawalan.



CONTOH MASALAH :  

        Memprogram Mesin Membuat Capati




CONTOH ALGORITMA :




CONTOH  PSEUDOKOD :





CONTOH CARTA ALIR :





Unit Ukuran Bagi Audio Digital



Audio digital bermaksud isyarat bunyi yang ditukarkan kepada nombor perduaan dan disimpan dalam bentuk pola-pola bit.

Kualiti sesuatu audio digital bergantung kepada kadar sampel dan kedalaman bit audio yang digunakan untuk merakam atau mendigitalkannya.

(a) Kadar sampel

  • Kadar sampel ialah bilangan sampel sesaat yang diambil oleh alat analog-to-digital converter (ADC) semasa melakukan pendigitalan sesuatu audio analog. 
  • Unit bagi kadar sampel ialah hertz (Hz). 
  • 1 Hz bermaksud 1 sampel sesaat. 
  • Semakin banyak bilangan sampel yang diambil dan direkodkan dalam satu saat, semakin tepat dan berkualiti suatu audio digital yang dihasilkan. 
  • Rajah 2.12 menunjukkan kadar sampel mempengaruhi audio digital.




(b)   Kedalaman bit

Kualiti audio digital juga ditentukan oleh kedalaman bit. 

Kedalaman bit ialah bilangan bit (0 dan 1) yang digunakan untuk mewakili aras rakaman setiap sampel audio (bit per sample).

Lebih banyak bit digunakan untuk mewakili sampel-sampel audio, lebih hampir persamaan antara audio digital yang dihasilkan dengan audio analog asal.








Tuesday 12 May 2020

Mengesan Dan Membaiki Ralat Daripada Pseudokod Dan Carta Alir Dalam Penyelesaian Masalah.




Definisi Ralat :

  • Kesilapan atau kesalahan dalam proses pembangunan atur cara segmen kod.

Tiga Jenis Ralat :
  1.   Ralat Sintaks
  2.   Ralat Masa Larian
  3.   Ralat Logik






JAWAB  SOALAN  DI BAWAH ( WAJIB ).

Sunday 10 May 2020

Change Background Color of Gadget



1.    Theme

2.    Edit HTML

3.    Control F 

4.    Type  "<table border"   2 times

5.    <table background-color='lightgreen' cellpadding='10px'  cellspacing='10'

How to make border in blogger post



HTML code:

<div style="border: 1px ; padding:10px;"> Your Content is here</div>

THANK YOU


Friday 8 May 2020

Unit Ukuran bagi Imej Digital



Pengenalan :
Sesuatu imej digital dan audio digital mempunyai beberapa sifat yang dipanggil atribut. Atribut-atribut bagi imej ialah resolusi, dimensi dan kedalaman warna.
(a) Resolusi
  • Imej digital yang dipaparkan pada monitor komputer terdiri daripada bintik-bintik kecil yang dikenali sebagai piksel. Piksel ialah elemen yang terkecil untuk paparan imej pada skrin atau dalam bentuk cetakan. Satu imej fail terdiri daripada banyak piksel.
  • Resolusi memerihalkan ketajaman dan kejelasan sesuatu imej. Resolusi sesuatu imej ialah bilangan piksel yang terdapat pada imej tersebut. Resolusi diukur berdasarkan bilangan piksel dalam unit dpi (dots per inch).
  • Sekiranya suatu imej mempunyai resolusi 72 dpi, maka setiap satu inci grid imej mengandungi 72 piksel lebar dan 72 piksel tinggi iaitu 72 × 72 = 5184 piksel seinci persegi.





(b) Dimensi

  • Dimensi sesuatu imej digital merujuk kepada ukuran panjang dan lebar imej dalam unit piksel. Dimensi suatu imej biasanya dinyatakan dalam bentuk bilangan piksel panjang darab bilangan piksel lebar (bilangan piksel panjang × bilangan piksel lebar).
  • Dimensi juga boleh dinyatakan dalam bentuk jumlah piksel yang membentuk imej. Misalnya bagi imej (640 × 480) jumlah piksel ialah 307 200 piksel.
  • Jika paparan monitor mempunyai dimensi 1300 piksel × 800 piksel, maka imej
  • 128 piksel × 72 piksel akan diperhatikan seperti dalam Rajah 2.5. Imej dengan dimensi 256 piksel × 144 piksel akan diperhatikan seperti dalam Rajah 2.6.





(c) Kedalaman bit warna

  • Kedalaman bit warna atau kedalaman warna bermaksud bilangan bit 0 dan 1 yang digunakan untuk menandakan satu warna yang tertentu dalam sesuatu imej digital. Lebih banyak bit yang digunakan, maka lebih tinggi kedalaman bit warna.
  • Sebagai contoh, sesuatu imej hitam dan putih mengandungi dua warna sahaja iaitu hitam dan putih. Dua kod binari sudah mencukupi untuk mewakili dua warna ini, iaitu 0 untuk mewakili warna putih dan 1 untuk mewakili warna hitam.
  • Lihat Rajah 2.7 hingga Rajah 2.11 yang menunjukkan perbezaan kualiti imej berdasarkan kedalaman bit warna yang berlainan.

















JAWAB SOALAN DI BAWAH (WAJIB) :

Wednesday 6 May 2020

Display loading when iframe is loading



Here's a quick solution for most of the cases:
CSS:
.iframe-loading { 
    background:url(/img/loading.gif) top no-repeat; 
}
HTML:
<div class="iframe-loading">
    <iframe src="http://your_iframe_url_goes_here"  onload="$('.iframe-loading').css('background-image', 'none');"></iframe>
</div>