Saturday 27 June 2020

Menghasilkan Kod Segmen Menggunakan Operator Perbandingan



Operator perbandingan digunakan untuk membandingkan nilai di sebelah kiri operator dengan nilai di sebelah kanan operator.

Hasil kepada hubungan perbandingan ialah nilai logik, iaitu Benar atau Palsu.

Operator perbandingan digunakan dalam ungkapan boolean untuk pernyataan bersyarat bagi
struktur kawalan pilihan dan struktur kawalan ulangan.








Contoh Soalan :

Hasilkan kod segmen python yang menggunakan struktur kawalan 'while'  yang memaparkan ayat "Selamat Datang" sebanyak 3 kali.

Jawapan:






Friday 26 June 2020

Saiz Fail dan Kualiti untuk Audio yang Sama dalam Pelbagai Format Fail






Audio digital boleh disimpan dalam pelbagai format fail.


Contoh format fail audio yang popular digunakan ialah WAVE, MP3 dan MIDI.

Format-format fail audio yang berbeza ini menggunakan teknik yang berlainan untuk menyimpan data audio.



WAVE

WAVE juga dikenali sebagai WAV berasal daripada singkatan Waveform Audio File Format.

Data audio dalam  fail WAV adalah dalam bentuk tidak mampat (uncompressed). Oleh itu, saiz fail WAV lebih cenderung menjadi besar.

Semakin tinggi kualiti audio yang tersimpan, maka semakin besar saiz fail tersebut.

Format WAV biasanya digunakan untuk menyimpan audio digital yang dirakam dengan kualiti yang tinggi, iaitu pada kadar sampel yang tinggi dan kedalaman bit yang tinggi. Oleh yang demikian, saiz fail WAV adalah besar dan berkualiti tinggi.



MP3

MP3 ialah singkatan daripada MPEG Layer III.

Format  MP3 memampatkan data audio dengan membuangkan data  yang dianggap tidak boleh didengar atau tidak kritikal untuk  pendengaran.

Oleh itu, fail format MP3 bersaiz kecil dengan kualiti audio yang lebih rendah berbanding dengan fail format  WAV.

saiz fail format MP3 yang kecil  ini menyebabkan MP3 sangat popular digunakan sama ada di Internet ataupun di peranti mudah alih.



MIDI

Perkataan MIDI berasal daripada Musical Instrument Digital Interface.

MIDI ialah format  merekod dan mengawal nota bagi setiap peralatan muzik.

Format MIDI tidak menyimpan bunyi dalam bentuk pola-pola bit 0 dan 1. Sebaliknya menyimpan satu set arahan dan data  yang berkaitan seperti not muzik, lagu muzik, bunyi peralatan muzik dan sebagainya yang  mengarah kad bunyi dan perisian menghasilkan muzik pada komputer.

Oleh sebab set arahan tidak memerlukan bit dan bait yang banyak untuk menyimpannya,  maka fail format MIDI adalah sangat kecil, sebenarnya jauh lebih kecil daripada fail format  MP3.

Kualiti audio MIDI adalah tinggi, malahan lebih tinggi daripada WAV jika set arahan audio adalah lengkap dan tepat. Walau bagaimanapun, ini tertakluk kepada kualiti keupayaan alat peranti yang digunakan untuk menghasilkan semula audio yang diarahkan.






Sunday 21 June 2020

Menghasilkan Kod Segmen Menggunakan Fungsi Input Dan Output



Fungsi Input

Fungsi input digunakan untuk mendapatkan data input daripada pengguna.

Contoh penggunaan fungsi input dalam Python :

            name = input("Masukkan nama anda : ")

Dalam contoh di atas , apabila sintaks input ( ) dibaca, atur cara akan menunggu input daripada pengguna. Selepas input dimasukkan, nilai akan disimpan di dalam pemboleh ubah 'name' .


Contoh penggunaan fungsi input dalam Scratch :
       



Contoh soalan : 

Tuliskan segmen kod dalam aturcara Python yang meminta pengguna memasukkan umur mereka. Input pengguna akan disimpan dalam pembolehubah "age".

Jawapan :

   age = input("Masukkan umur anda : ")




Fungsi Output

Fungsi output merujuk kepada maklumat yang dipaparkan pada skrin komputer..

Contoh penggunaan fungsi output dalam Python :

            print ("Selamat Datang")

Dalam contoh di atas ,apabila sintaks print ( ) dibaca, atur cara akan memaparkan teks yang berada dalam tanda petikan (“ ”).  Maka teks 'Selamat datang'  akan dipaparkan pada skrin monitor.


Contoh penggunaan fungsi output dalam Scratch :
   




Contoh soalan : 

Tuliskan segmen kod dalam aturcara Python yang memaparkan ayat "Saya suka makan nasi".

Jawapan :

   print("Saya suka makan nasi")




Friday 19 June 2020

Perhubungan antara Saiz Audio dengan Kadar Kedalaman Bit (bit depth)



Kadar kedalaman bit bagi sesuatu audio digital bermaksud jumlah bilangan bit (0 dan 1) yang digunakan untuk mewakili setiap saat masa main balik (play back time) audio itu.

Kadar kedalaman bit biasanya diukur dalam bit per saat (bps). Kadar kedalaman bit dikira menggunakan rumus berikut:



Saiz fail Audio (bait) = Kadar kedalaman x  masa playback(saat)  / 8


Saluran audio terdiri daripada dua jenis iaitu audio mono dan audio stereo.

Audio mono dikeluarkan melalui satu saluran audio sahaja manakala audio stereo dikeluarkan melalui dua saluran audio.




Jika masa playback bagi audio tersebut ialah 4 minit 25 saat, hitungkan saiz fail tersebut dalam bait.

masa = 4 x 60   +  5 =  265 saat

Saiz fail audio
=kadar kedalaman x masa playback / 8
=1411.2   x   265  / 8
= 46746 bait



Sunday 14 June 2020

Perbezaan antara pemboleh ubah dan pemalar dalam segmen kod



Pemboleh ubah

  1. Pemboleh ubah ialah storan ingatan dalam komputer yang digunakan oleh atur cara.
  2. Dalam konteks pengaturcaraan komputer, pemboleh ubah digunakan untuk mewakili sesuatu data yang perlu digunakan berulang kali oleh atur cara yang dibangunkan.
  3. Semasa penulisan kod arahan, pemboleh ubah yang diisytiharkan akan diberi satu label yang disebut pengecam yang sesuai dan disertakan dengan nilai.

contoh 1:

contoh 2:

                                                             harga = float ( 100.30 )

Pengecam bagi pemboleh ubah ialah harga
Jenis data yang digunakan ialah float
Nilai yang disimpan oleh pemboleh ubah harga ialah 100.30.

       




Pemalar

  1. Pemalar bertindak seakan-akan pemboleh ubah, iaitu pemalar menyimpan sesuatu nilai dan nilai ini disimpan dalam ingatan komputer.
  2. Perbezaan utama ialah nilai sesuatu pemalar tidak akan berubah menjadi nilai yang lain semasa pelaksanaan atur cara.
  3. Lazimnya, pemalar digunakan dalam pengaturcaraan yang melibatkan pengiraan matematik.









Saturday 13 June 2020

Membandingkan kualiti dan saiz imej apabila kedalaman warna (colour depth) dan resolusi bagi imej dikurangkan.






  1. Kualiti dan saiz imej dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti kedalaman warna, resolusi dan dimensi imej. Pada umumnya,lebih tinggi resolusi, dimensi dan kedalaman bit warna maka lebih tinggi keperincian sesuatu imej. (kualiti lebih tinggi)
  2. Saiz imej juga bergantung kepada faktor-faktor resolusi, dimensi dan kedalaman bit warna
  3. Lebih tinggi resolusi dan dimensi maka lebih banyak piksel digunakan untuk membentuk imej. Lebih banyak piksel bermaksud lebih banyak bit dan bait diperlukan untuk menyimpan maklumat tentang piksel-piksel dalam imej. Ini menyebabkan saiz imej menjadi besar.
  4. Demikian juga, lebih tinggi kedalaman bit warna sesuatu imej, semakin tinggi piksel per bit (ppb) imej tersebut. Lebih banyak bit dan bait diperlukan untuk menyimpan maklumat piksel-piksel imej maka saiz imej akan menjadi besar.


KESIMPULAN

  1. Kedalaman bit warna suatu imej jika dikurangkan, maka saiz dan kualiti imej itu juga akan  berkurang.
  2. Resolusi bagi suatu imej jika dikurangkan, makan saiz dan kualiti imej itu juga akan berkurang,



Thursday 4 June 2020

Jenis Data Dalam Segmen Kod





Jenis Data Penggunaan Sintaks Umum
Nombor Nombor Bulat (cth: 12, 35,100) - int
Nombor perpuluhan (cth: 1.1, 2.356, 0.12)  float
double
Teks Aksara (Contoh: A, b, 8, $, %) - char
str
Rentetan/perkataan/ayat (Contoh: Malaysia, Borneo) str
Boolean Benar  (Dipaparkan sebagai True dalam atur cara
Palsu  (Dipaparkan sebagai  False dalam atur cara)



Contoh Penggunaan sintaks umum  bagi jenis data yang berlainan dalam segmen kod.

1.    Harga Barang

       Segmen kod :

                                                 price = float (30.50)

             *  sintaks "float"  digunakan kerana harga dalam bentuk nombor perpuluhan.


2.    Bilangan Murid

       Segmen kod :

                                            bilMurid = int(200)

            *  sintaks  "int"  digunakan kerana bilangan hanya melibatkan  nombor bulat sahaja.


3.   Perkataan / Ayat

      Segmen kod:

                                            word = str(" Selamat Datang")

             *  sintaks  "str"  digunakan kerana  ia melibatkan perkataan/ ayat.





Wednesday 3 June 2020

Perkaitan Saiz Fail Imej dengan Format Fail




PERBEZAAN  SAIZ FAIL APABILA FAIL IMEJ YANG SAMA DISIMPAN DALAM FORMAT YANG BERBEZA

 
Nama Fail : umbrella.jpg

Format fail : JPG

Saiz Fail : 222 KB


Nama Fail : umbrella.png

Format fail : PNG

Saiz Fail : 1.30 MB



Nama Fail : umbrella.bmp

Format fail : BMP

Saiz Fail : 1.51 MB




Nama Fail : umbrella.jpg

Format fail : TIFF

Saiz Fail : 470 KB




Nama Fail : umbrella.gif

Format fail :GIF

Saiz Fail : 302 KB












Langkah-langkah menyimpan fail imej dalam format yang berbeza.

1.    Buka aplikasi  'Paint'




2.    Copy image dan Paste ke dalam aplikasi Paint




3.    Pilih   File  >  Save as




4.    Pilih format yang diingini