Audio digital boleh disimpan dalam pelbagai format fail.
Contoh format fail audio yang popular digunakan ialah WAVE, MP3 dan MIDI.
Format-format fail audio yang berbeza ini menggunakan teknik yang berlainan untuk menyimpan data audio.
WAVE
Format-format fail audio yang berbeza ini menggunakan teknik yang berlainan untuk menyimpan data audio.
WAVE
WAVE juga dikenali sebagai WAV berasal daripada singkatan Waveform Audio File Format.
Data audio dalam fail WAV adalah dalam bentuk tidak mampat (uncompressed). Oleh itu, saiz fail WAV lebih cenderung menjadi besar.
Semakin tinggi kualiti audio yang tersimpan, maka semakin besar saiz fail tersebut.
Format WAV biasanya digunakan untuk menyimpan audio digital yang dirakam dengan kualiti yang tinggi, iaitu pada kadar sampel yang tinggi dan kedalaman bit yang tinggi. Oleh yang demikian, saiz fail WAV adalah besar dan berkualiti tinggi.
MP3
MP3 ialah singkatan daripada MPEG Layer III.
Format MP3 memampatkan data audio dengan membuangkan data yang dianggap tidak boleh didengar atau tidak kritikal untuk pendengaran.
Oleh itu, fail format MP3 bersaiz kecil dengan kualiti audio yang lebih rendah berbanding dengan fail format WAV.
saiz fail format MP3 yang kecil ini menyebabkan MP3 sangat popular digunakan sama ada di Internet ataupun di peranti mudah alih.
MIDI
Perkataan MIDI berasal daripada Musical Instrument Digital Interface.
MIDI ialah format merekod dan mengawal nota bagi setiap peralatan muzik.
Format MIDI tidak menyimpan bunyi dalam bentuk pola-pola bit 0 dan 1. Sebaliknya menyimpan satu set arahan dan data yang berkaitan seperti not muzik, lagu muzik, bunyi peralatan muzik dan sebagainya yang mengarah kad bunyi dan perisian menghasilkan muzik pada komputer.
Oleh sebab set arahan tidak memerlukan bit dan bait yang banyak untuk menyimpannya, maka fail format MIDI adalah sangat kecil, sebenarnya jauh lebih kecil daripada fail format MP3.
Kualiti audio MIDI adalah tinggi, malahan lebih tinggi daripada WAV jika set arahan audio adalah lengkap dan tepat. Walau bagaimanapun, ini tertakluk kepada kualiti keupayaan alat peranti yang digunakan untuk menghasilkan semula audio yang diarahkan.
No comments:
Post a Comment